Selamat datang ke heeheh.blogspot.com

Heeheh.blog adalah blog yang berkenaan dengan adegan lucu dan menggelikan hati , sama
ada berunsurkan gambar, cerita atau apa sahaja.
Blog ini adalah blog semata-mata untuk hiburan sahaja.
Sebarang cerita yang
menyentuh agama atau perkauman tidak akan dimuatkan didalam
blog ini.
Kepada sesiapa yang mempunyai cerita yang yang hendak dimuatkan
disini amatlah dialu-alukan.


Untuk sebarang komentar, artikel, gambar yang hendak dimuatkan atau apa-apa sahaja yang korang nak tulis sila email ke:
mihimarugurlz@gmail.com atau chequer9@hotmail.com


Resume Terbest Di Malaysia

Selasa, 25 Mac 2008

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p
831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak
boleh
tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun
begitu
saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah
seorang
petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja
disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR
adalah
seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya
serta
merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan
masa
tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja
disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000


Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak





!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)


!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat
serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap
dengan
kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan
dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok &
akan
belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan
saya
berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal
dan
datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng
skolah
dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja
ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.
Sekiranya
saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak
boleh
ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk
makluman
tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan
bersepai
dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji
tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan
ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri.
Saya
pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika
pihak
tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan
bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

0 ulasan:

Catat Ulasan

eXTReMe Tracker
Dimiliki oleh Heeheh.blog | Cerita lawak, gambar dan sebagainya
Entries RSS Comments RSS