Selamat datang ke heeheh.blogspot.com

Heeheh.blog adalah blog yang berkenaan dengan adegan lucu dan menggelikan hati , sama
ada berunsurkan gambar, cerita atau apa sahaja.
Blog ini adalah blog semata-mata untuk hiburan sahaja.
Sebarang cerita yang
menyentuh agama atau perkauman tidak akan dimuatkan didalam
blog ini.
Kepada sesiapa yang mempunyai cerita yang yang hendak dimuatkan
disini amatlah dialu-alukan.


Untuk sebarang komentar, artikel, gambar yang hendak dimuatkan atau apa-apa sahaja yang korang nak tulis sila email ke:
mihimarugurlz@gmail.com atau chequer9@hotmail.com


Tunggu Sampai Kereta Lalu

Ahad, 16 Disember 2007

Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Sedang seronok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis", tanya Razi.
"Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong," pujuk Khairul pula.
Sambil teresak-esak budak tu berkata, "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa."
Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

eXTReMe Tracker
Dimiliki oleh Heeheh.blog | Cerita lawak, gambar dan sebagainya
Entries RSS Comments RSS